Kekal Bertenang & Jangan Marah

Kebanyakan maklumat tidak sahih di atas talian bergantung kepada emosi dan kemarahan individu. Jika sesebuah konten itu membuat anda marah, itu mungkin bermakna konten itu merupakan maklumat tidak sahih dan kemarahan anda adalah reaksi yang telah dijangkakan oleh mereka yang menciptakannya. Ingat supaya sentiasa kekal bertenang dan sentiasa semak maklumat yang anda dapati!

Sentiasa Bersifat Kritikal

Jika sesebuah konten itu membuat anda marah ataupun mengeyakan kepercayaan anda, kemungkinan konten itu tidak benar. Kebanyakan maklumat tidak benar itu lebih indah daripada rupa! Pada masa yang sama, ada juga konten yang dilabel sebagai maklumat tidak sahih tetapi sebenarnya hanyalah kesimpulan maklumat lebih kompleks. Penting untuk anda sentiasa kenali sama ada sesebuah konten itu boleh memudaratkan atau hanya sebuah perspektif dalam sebuah wacana.

Jangan Kongsikan!

Kalau tak pasti, JANGAN KONGSI! Ini juga termasuk berkongsi konten tersebut bersama dengan pendapat anda (cth: quote-tweet di Twitter). Tindakan anda mungkin akan menyebarkan maklumat tersebut dan akaun yang telah menerbitkannya.

Berikan Amaran
(jika selamat)

Jika selamat, berikan amaran kepada kenalan anda bahawa apa yang anda telah melihat itu merupakan maklumat tidak sahih. Gunakan tangkapan layar dan jangan hantar pautan. Anda juga boleh mengajar rakan-rakan dan keluarga anda cara untuk membezakan maklumat yang sah dan yang tidak sahih serta tindakan-tindakan apabila melihat maklumat tidak sahih di atas talian.