Sumber Untuk Menangani Maklumat Tidak Sahih
Menjelang PRU15, kami berharap untuk dapat mendidik rakyat jelata, terutamanya anak muda, supaya lebih berhati-hati tentang maklumat yang dikongsi dan dibaca. Kita patut membuat pilihan kita berdasarkan fakta rasional dan bukan rekaan dan fitnah belaka demi negara tercinta.
Terlalu banyak konten tentang maklumat tidak sahih yang tidak dapat dimasukkan ke laman web ini. Jadi, kami telah mengumpulkan beberapa sumber atas talian yang anda boleh telusuri supaya anda boleh elak berkongsi maklumat tidak sahih menjelang PRU15!
How To Fight Lies, Tricks, And Chaos Online

Panduan ini dari laman web The Verge dapat memberikan anda kebolehan asas untuk membuat selidikan sendiri tentang ciapan dan berita dan untuk menangani maklumat tidak sahih di atas talian.

Google Fact-Check Explorer
Google Fact-Check Explorer dicipta khususnya untuk memudahkan kerja para penyemak, wartawan, dan peneyelidik untuk mengenali maklumat tidak sahih yang telah dibuktikan tidak sah.