Langkah-Langkah Untuk Mengenali Maklumat Sah dan Maklumat Tidak Sahih

1

Sentiasa Berwaspada

Ingatlah bahawa dalam zaman media sosial, siapa-siapa saja boleh menerbitkan isi kandungan dan mendakwa bahawa isi kandungan itu sah. Meskipun zaman internet telah mendemokrasikan perkongsian maklumat, zaman ini juga telah memudahkan penyebaran maklumat yang tidak benar dan yang menyesatkan. Jadi anda harus sentiasa bertanya jika maklumat yang anda baca itu sah ataupun tidak sahih?

2

Semak Sumber

Lihatlah sumber yang digunakan. Adakah sumber tersebut terkemuka dan boleh dipercayai seperti badan berita? Anda juga patut waspada tentang laman atau akaun yang menyamar sebagai organisasi terkemuka.

Kalau tidak pasti, anda boleh melakukan reverse search terhadap isi kandungan tersebut untuk melihat jika isi kandungan tersebut juga telah dilaporkan oleh sumber-sumber lain.

3

Fahami Kandungan

Anda patut cuba memahami isi kandungan yang anda lihat dan fikir tentang sebab-sebab isi kandungan tersebut diterbit dan disebarkan. Ini terutamanya jika isi kandungan tersebut sedang menyokong satu sudut pandangan dan merendahkan sudut pandangan lain. Meskipun berat sebelah itu sentiasa akan wujud dalam laporan berita, kewartawanan sejati sentiasa mencuba untuk tidak berat sebelah dan hanya melaporkan fakta benar.

4

Semak Kandungan

Telusuri sumber-sumber selain daripada isi kandungan asal dan lihat sama ada organisasi lain juga melaporkan isu tersebut dengan cara yang sama. Kemungkinan isi kandungan yang anda lihat telah diciptakan untuk sebab-sebab tertentu manakala organisasi lain telah hanya melaporkan fakta-fakta sahaja.

5

Nilaikan

Simpulkan kesahihan isi kandungan tersebut. Jika anda merasa bahawa isi kandungan tersebut mungkin memudaratkan atau tidak benar sekalipun, JANGAN SEBARKAN!

Meskipun anda boleh membezakan fakta dari auta, terdapat banyak orang yang mungkin tidak dapat membezakannya. Sebab itu, amat penting untuk anda memutuskan pertalian maklumat yang tidak sah secepat mungkin.