Apa itu PACA?

PACA itu sebenarnya satu singkatan yang bermaksud “polling agent/counting agent” ataupun ejen mengundi/ejen pengiraan dalam Bahasa Malaysia. Kedua-dua tugas ini mempunya beberapa aspek yang sama kerana mereka adalah wakil calon pilihan raya yang bekerja di pusat mengundi pada hari mengundi bagi tujuan memastikan pilihan raya itu dijalankan dengna lancar.

Ejen mengundi adalah seorang wakil calon yang memantau proses pilihan raya di pusat mengundi pada hari mengundi. Tugas ini juga merangkumi pemantauan terhadap pegawai pilihan raya, memastikan pegawai pilihan raya menjalankan tugas mereka dengan betul, menyemak pengundi-pengundi, dan memastikan tidak ada apa-apa penipuan yang berlaku di pusat mengundi.

Ejen pengiraan pula adalah seorang wakil calon yang memantau proses pengiraan undi setelah pusat mengundi ditutup. Ejen pengiraan bertanggungjawab untuk memantau proses pengiraan semua kertas undi di pusat mengundi, memastikan bahawa semua kertas undi yang sah dikira dengan sempurna dan kertas undi yang rosak diisytiharkan sedemikannya.

Kedua-dua tugas ini adalah kritikal bagi memastikan pilihan raya dijalankan dengan lancar.

Anda layak untuk mendaftar sebagai seorang PACA jika anda:

  1. Seorang warga Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Tidak diisytiharkan muflis
  4. Tidak disabitkan hukuman dalam tempoh 5 tahun

Daftar Sebagai Seorang PACA

Jika anda merasa bahawa tugas PACA sesuai untuk anda, daftarlah sebagai seorang sukarelawaan! Tugas seorang PACA itu kritikal dan anda akan membantu untuk memastikan pilihan raya kita seadil mungkin!

Calon-calon atau parti politik yang bertanding di kawasan anda sering kali berkongsi peluang PACA di laman media sosial mereka. Anda juga boleh menghubungi mereka dan mereka akan memaklumkan anda tentang bagaimana untuk mendaftar sebagai seorang PACA.