Semak Fakta Anda!
Tugas penyemak fakta adalah untuk mengesahkan maklumat atas talian dan untuk memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat dan sahih. Kami telah mengumpulkan 5 soalan yang digunakan oleh penyemak fakta supaya anda juga boleh memainkan peranan untuk mengenali maklumat tidak benar.
Share This
Apakah Sumbernya?
Kenali sumber berita yang anda baca. Jangan kongsikan kalau anda tidak dapat cari atau mengesahkan sumber asli.
Adakah Sumber Ini Boleh Dipercayai?
Dakwaan luar biasa memerlukan bukti yang luar biasa juga. Kenalpasti sumber-sumber rasmi seperti media sahih atau laman web kerajaan. Pastikan juga yang laman bacaan anda itu menyokong dakwaannya dengan pautan ke sumber-sumber, foto-foto, dan video.
Siapa "Pakar" Ini?
Pastikan dakwaan yang dibuat itu adalah bersumber seorang pakar subjek yang dihormati. Ingat tentang perspektif yang sedang diutarakan dan apa-apa pandangan lain yang dikemukakan.
Adakah Ini Sedang Menyuruh Saya Untuk Membuat Sesuatu?
Berita dan kisah-kisah dramatik yang tidak dilaporkan sering kali digunkan supaya lebih banyak orang melayari sesebuah akaun yang mendapati ganjaran wang berdasarkan bilangan views yang dirangkumi.
Adakah Ini Mengejutkan Atau Mencuba Untuk Mewujudkan Kebencian atau Sangka Buruk?
Terdapat banyak orang yang menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh memudaratkan semata-mata untuk menyebabkan kekacauan.