Cara Mendaftar Sebagai Undi Pos
Pengundi dibawah Kategori 1B dan 1C peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib mendaftar sebagai pengundi pos diatas talian. Pengundi dibawah kategori ‘Pengundi Tidak Hadir’ tidak diwajibkan untuk mendaftar sebagai pengundi pos kerana akan didaftar sebagai pengundi pos secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Walaubagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk mendaftar juga diatas talian, melalui langkah-langkah berikut:
Note: Bagi Pilihan Raya Umum ke-15, pemohonan bagi undi pos atas talian telah ditutup setakat 23 Oktober 2022.
1
Mohon Akaun Baru Di Laman Web myspr.spr.gov.my
Permohonan akaun anda mungkin akan mengambil beberapa hari jadi jangan lupa daftar awal!
2
Log Masuk Ke Akaun Anda Dan Klik “Permohonan”
Masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan, dan aksara CAPTCHA di laman sesawang MySPR . Butang “Permohonan” boleh didapati dibawah “UndiPos” dalam menu laman sesawang.
3
Isi Butiran Anda
Pastikan anda memilih kategori pengundi pos yang betul bagi permohonan pengundi pos anda. Kesilapan boleh menyebabkan permohonan anda ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
4
Hantar Permohonan Anda
Anda akan diminta untuk memasukkan kod TAC yang dihantar ke alamat emel dan nombor telefon berdaftar anda. Pastikan butiran anda semua betul sebelum menghantar permohonan anda.
5
Nantikan Permohonan Anda!
Permohonan anda akan mengambil beberapa hari untuk diproses oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Anda boleh menyemak status permohonan anda melalui menu “Transaksi Undi Pos”.