Jenis-Jenis "Kecelaruan Maklumat"

MISinformation

Maklumat salah yang disebar oleh individu yang percaya bahawa maklumat yang disebar itu sahih dan dapat membantu orang lain.

MALinformation

Maklumat sahih yang digunakan untuk memudaratkan orang lain

DISinformation

Maklumat salah yang sengaja digubal untuk memudaratkan individu, organisasi, atau negara-negara.
Oleh Claire Wardle, Pengarah Penyelidikan di First Draft News

Impak dan Kesan Maklumat Tidak Sahih

Memang benar bahawa maklumat tidak sahih dapat memberikan kesan yang buruk, terutamanya dari segi wacana politik dan dasar negara. Walaubagaimanapun, kita semua harus sentiasa berwaspada tentang impak dan kesan maklumat tidak sahih untuk memelihara kesejahteraan negara dan sistem demokrasi kami.

Maklumat tidak sahih boleh berbentuk remeh temeh tetapi juga boleh memberikan kesan yang buruk. Kami telah mengumpulkan beberapa jenis kecelaruan maklumat, disusun mengikut potensi keburukan, supaya anda dapat mengenalinya menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Konten Direka

Konten yang langsung tidak benar dan yang direka untuk menyebabkan kemudaratan.

Konten Dimanipulasi

Konten benar yang telah diubahsuai atau dimanipulasi.

Konten Samaran

Konten tidak benar atau boleh menyesatkan yang menggunakan nama atau logo organisasi-organisasi yang terkemuka supaya boleh lebih dipercayai.

Konten Dalam Konteks Tidak Benar

Konten benar yang diubahsuai dan disebar tanpa konteks asal.

Konten Sesat

Maklumat dan konten yang digunakan dengan cara yang tidak benar untuk menggambarkan isu-isu atau individu dalam cara tertentu.

Kesimpulan Tidak Benar

Tajuk konten/gambaran/sarikata yang tidak menyokong konten asal.

Satira

Parodi yang boleh menipu individu yang kurang cakna dan penyemak fakta.