Adakah Anda Bersedia Untuk
PRU15?
Hari mengundi pada 19 November 2022 tinggal hanya...
Semak Status Pemilih Anda
Lihat jika anda tersenarai dalam daftar pemilih serta kawasan mengundi dan pusat mengundi anda!
Layari laman mysprsemak.spr.gov.my untuk menyemak atau muat turun aplikasi MySPR di Google Play atau App Store
Klik “Semakan Daftar Pemilih”
Masukkan nombor Kad Pengenalan anda serta aksara CAPTCHA dan klik “SEMAK”!
Belajar Cara Menangani Maklumat Tidak Sahih
Amat penting sekali untuk semua pengundi di Malaysia mengenali apa itu maklumat tidak sahih dan cara untuk membezakan maklumat yang sahih dan berita yang menyesatkan! Kami telah menyediakan beberapa sumber supaya anda dapat mengenali fakta-fakta yang sahih serta juga mengenali apa itu maklumat tidak sahih dan cara untuk membezakan fakta dan auta!
Jadilah Pengundi Cakna
Dengan pindaan UNDI18 dan pendaftaran pemilih automatik, 6.2 juta rakyat Malaysia kini layak untuk mengundi buat pertama kali dalam hidup mereka! Sebelum anda keluar mengundi, ambil sedikit masa untuk mengenali semua perkara yang anda patut ketahui sebelum membuat pilihan anda di pusat mengundi!
Ambil Langkah Seterusnya
Belajar bagaimana anda boleh menjadi pemangkin perubahan selain daripada keluar mengundi pada hari mengundi!